Bismilllahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Erm..rasa mcm lama lak tak mengupdate my blog nih..
Almaklumlah, sem 2 baru bermula. Jadi mcm sibuk la sket.hehe (sbnqnya bt2 sibuk)
So utk mengisi detik2 berharga disaat2 akhir tahun 2010, nie lah dia..jeng3
Semoga memberi manfaat utk semua :)
Bicara Tentang C.I.N.T.A.
Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus.
Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi.
Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.
Keunikan Cinta.
Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis.
Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis.
Lalu kita membicarakan tentang cinta.
Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya.
Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga yang hebat?
Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya.
Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri.
Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus.
Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.
Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.
Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.
Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.
Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana.
Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua.
Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berjuang.
Bicarakan tentang Cinta.
Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini.Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia.
Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya.
Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung.
Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya.
Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi.
Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi.
Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.
Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya.
Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri.
Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya.
Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang tidak terjangkau oleh masa.
Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya.
Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta.
Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.
Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan?
Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?
Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku.
Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak.
Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua.
Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia.
Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.
puisi ketika cinta bertasbih