2 tahun berlalu...
Selama itu jugalah ana telah meninggalkan dunia itu.
Dunia yang luarannya kelihatan cukup indah namun hakikatnya penuh penipuan.
Dunia yang menampakkan betapa manisnya janji seorang lelaki, manisnya melebihi gula malah mengalahkan madu namun pada dasarnya penuh dengan kepura-puraan.
Dunia yang melihatkan ana betapa manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, tidak pernah merasa cukup dengan nikmat yang Allah berikan.
Dan dari situ juga ana mengerti akan hakikat cinta manusia. Lebih tepat lagi jika dikatakan cinta tanpa keredhaan Allah. Nahh,,buktinya cinta yang disemai dan ditatang bagai minyak yang penuh dan panas selama 2 tahun hilang begitu saja.Yang mana akhirnya minyak itu tumpah ke atas diri ana sendiri.Allah..sakitnya..Hanya Engkau yang mengetahui betapa sakitnya diriku ketika itu..dan kini yang tinggal hanyalah parut-parut luka dan titik-titik noda hitam yang belum ana pasti sama ada telah hilang atau tidak.
Teringat ana akan sebuah lirik nasyid Epilog Silam yang kena tepat dengan diri ini..
Dalam mengenang kisah hidup silam,
Kusedar dari kesilapan lalu..
Tuhan beratnya dosa-dosaku,
Masihkah ada ampunan buatku..
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..ampunilah segala dosa-dosa hamba-Mu ini.."
Jika diimbau kembali kenangan lalu, pasti diri ini akan dihantui rasa bersalah yang amat sangat kepada-Nya, kepada ibubapa dan kawan-kawan. Mana tidaknya, hanya kerana si dia yang tercinta sanggup ana membelakangkan mereka yang selama ini amat menyayangi diri ini.
"Ya Allah, maafku hamba-Mu ini kerana telah berpaling seketika dari-Mu.."
"Mak, ayah maafkanlah anakmu ini kerana telah mendustai kalian.."
"Ya sohabati habibati, maafkan diriku kerana telah mengabaikan kalian.."
KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN ADALAH TITIK TOLAK KEJAYAAN YANG LEBIH BERMAKNA.
Ya.. ana mengakui akan kebenaran ayat diatas kerana ana telah melalui proses tersebut. Kejayaan yang ana peroleh sekarang adalah kerana hasil motivasi atas kekecewaan dan kegagalan masa lalu. Terima kasih Ya Allah atas kejayaan yang Engkau kurniakan ini. Walaupun kejayaan ini hanyalah biasa-biasa saja dimata manusia, namun ana selaku hamba-Mu amat bersyukur atas kurniaanmu ini. Ana tidak mengharapkan pujian dari sesiapa, yang ana harapkan adalah keredhaan dari-Nya.
“Sesiapa yang mengharapkan keredhaan manusia, pasti akan kecewa. Nampak gah seketika tapi akhirnya merudum ditelapak kaki manusia yang dipuja-pujanya itu.”
Kini.. ana masih disini, berdiri teguh bersama-sama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat tersayang. Buat kalian,,
Adanya dirimu sebagai penguat semangatku
Aku tidak kuat untuk menghadapi ujian-Nya berseorangan.
Andaiku resah, yakinkan aku.
Andai aku lupa untuk apa nadiku berdenyut, ingatkan aku.
Andai hatiku berubah & imanku punah, jangan kau tinggalkan aku.
Jangan kau pisahkan aku dari kehidupanmu.
Berjanjilah.....
Semoga kita semua istiqamah dalam mujahadah menuju ke syurga-Nya.
Ameen~~~

No comments:
Post a Comment