Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi krn dgn berkat kesabaran dibulan Ramadhan akhirnya sampai juga kita ke penghujungnya.Namun entah kenapa saya merasakan masih tidak puas bersama dengan Ramadhan kali ini.Berat sungguh untuk melepaskan pemergianmu Ramadhan.Moga saya berkesempatan untuk bertemu dgn Ramadhan pada tahun hadapan.
Tinggal sehari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kemenangan buat mereka2 yang bersungguh2 melakukan amal ibadat dibulan Ramadhan.Syawal adalah anugerah Allah S.W.T buat hamba-Nya yang dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan keihklasan kpd Allah.Di bulan Syawal umat Islam disunatkan untuk berpuasa selama 6 hari sebagai satu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya proses mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus melakukan amal ibadah seperti berpuasa sunat,membaca Al-Quran,bersedekah,menghadiri solat jemaah di masjid dan sebagainya.Amat rugilah bagi mereka yang telah berjaya mendidik nafsu di sepanjang bulan Ramadhan namun kecundang terhadap hawa nafsu setelah Ramadhan berlalu.
Bersesuaian dgn Hari Raya sebagai Hari Kemenangan dalam mengekang hawa nafsu di bulan Ramadhan,maka janganlah kita kotorkan kembali diri kita dgn melakukan maksiat sehingga kita kembali kalah dgn hasutan nafsu dan syaitan.Kemenangan yg mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yg bertaqwa,bukannya sebagai manusia yg durhaka kepada Allah.
Disini saya ingin mengingatkan,dalam kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya janganlah kita lupa merebut tawaran oleh Allah S.W.T iaitu menunaikan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W dimana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi;
Daripaba Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W katanya, "Sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan,kemudian dikuti dgn puasa enam hari di bulan Syawal,maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun" - HR Muslim
Selain itu,dalam merayakan Aidilfitri terdapat beberapa perkara yg perlu diberi perhatian bagi memastikan kita sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.Diantaranya ialah:

- Jangan kita cemari kemuliaan Syawal dgn aktiviti2 yg bercanggah dgn syara' spt hiburan yg melalaikan,melakukan pembaziran dlm menyediakan makanan dan sebagainya.
- Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dgn mengatur perbelanjaan mengikut keperluan supaya kewangan kita sentiasa berada dalam keadaan stabil.
- Hendaklah kita menjaga kesihatan dgn memakan makanan yg halal,bersih,berkhasiat dan dlm kuantiti yg diperlukan.
- Kita juga hendaklah menjaga keselamatan diri,keluarga dan juga orang lain di sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.Bag mereka yg pulang ke kampung atau ke mana2 destinasi yg ditujui,berhati2lah memandu dijalan raya.Ingatlah orang tersayang.
Akhir kalam,dikesempatan yg ada saya ingin mengajak sahabat2 semua termasuklah diri saya agar menjadikan Aidilfitfi yg bakal kita rayakan ini sebagai medium untuk kita mendekatkan diri kpd Allah serta menjadikan tarbiah dan disiplin di bulan Ramadhan terus kekal selama mana kita masih bernafas di muka bumi-Nya.Mudah2an segala amalan yg kita lakukan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah S.W.T.
~SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN~
No comments:
Post a Comment