Monday, November 15, 2010

Pesanan untuk si dia

Dedikasi buat insan bernama kekasih..





Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya.

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.

Tolong nasihati dia, jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa.

Tolong nasihati dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.

Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya.

Tolong katakana pada dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.

Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu syurganya.

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya, bukan rupanya.

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia  bila dia mula mengagungkan cinta manusia.

Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya.

Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa.

Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluarga.

Tolong sedarkannya, tanggungjawabnya besar pada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.

Tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya.

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga.

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.


CINTA…

Lahirnya dari dua hati,

Hadirnya tanpa dipaksa.


Ya Allah Ya Tuhanku, telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini.

Sekiranya dia adalah jodoh yang terbaik buatku,

yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dalam kandungan ibuku lagi,

Maka, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan dia, permudahkanlah urusan

kami berdua…

Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim..

Lindungilah imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah, lindungilah iman kami berdua

sepanjang perhubungan ini.

Amin Ya Rabbal ‘alamin..



Cinta, karya indah Sang Pencipta.

Dimulakan di syurga,

Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa.

Lalu, dianak-pinakkan ke dalam setiap jiwa.

Dengan kadar yang berbeza.

Cinta sebenarnya tidak buta.

Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Yang buta, bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

CINTA, MENYINTAI atau DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia.

Hak untuk bercinta dan menerima bargantung kepada individu itu sendiri.

Pilihan adalah terpulang kepada kita.

Jika pilihan berlandaskan agama, pasti hasilnya diberkati dan

Sekiranya berlandaskan nafsu, pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.



Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan parasnya akan

menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah dalam

sekelip mata.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya

senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.







No comments:

Post a Comment