Monday, November 15, 2010

Tips apabila diri terasa M.A.L.A.S.

"Malasnya nak baca buku..."

"Malasnya nak bt assignment.."

Malas.Malas.Malas. Cukup 44 kali memang malas sampai ke tua la.hehe..

Apa sebenaqnya MALAS tu?

Malas adalah sejenis penyakit mental atau dengan lebih jelas lagi iaitu keengganan seseorang melakukan sesuatu perkara yang seharusnya dia lakukan. Dari perspektif Islam, malas boleh dilihat sebagai ujian yang mana Allah ingin menguji sejauh mana kita menggunakan masa itu dengan sebaiknya.Penyakit malas nie sebenarnya sangat bahaya dan jika dibiarkan lama2 mungkin akan menjadi barah.Alamak!!Barah??? Habeh tu kalo dapat barah MALAS, kt mana nk cari ubatnyerr??xkan kena g bt chemotheraphy kot?huhu..

So...sebelum kita mengidap barah malas nie lebih baik kita berusaha utk menangkis sifat ini, seperti kata hadis "mencegah itu lebih baik daripada merawat". Disini ada beberapa tips yang mungkin boleh mengelakkan @ mengurangkan sikit rasa malas.


Tips menghadapi perasan malas:

1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.
  
2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.
(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu. 

3) Sentiasa cabar diri.
Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.
 
4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.
 
Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.
 
5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.
Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:
 
"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"
 


Ps : buat sahabat2 yg bakal menghadapi exam lps cuti ni, ma'a taufiq wannajah fil imtihan. Tips dah bg, so jgn malas2 ye.hehe 




No comments:

Post a Comment